• Terkini!

    12 February 2018

    Pelancaran Program Permata Pintar 2018



    UJIAN SARINGAN PERTAMA DALAM TALIAN UKM1 TAHUN 2018

    Adalah dimaklumkan bawaha Ujian Saringan UKM1 bagi tahun 2018 akan bermula dari 1 Februari dan akan berakhir pada 31 Mei 2018. Ujian ini merupakan saringan pertama untuk mencari murid pintar dan berbakat bagi menyertai program yang telah ditetapkan. 

    Ujian ini terbuka kepada semua murid berusia 8 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman http://ukm1.permatapintar.edu.my/ maklumat lanjut juga boleh diperolehi daripada laman web tersebut. 

    Anugerah khas akan diadakan di peringkat sekolah untuk murid yang berjaya terpilih menduduki ujian UKM2 secara berpusat.


     











    Mohon kerjasama ibu bapa yang mempunyai akses internet di rumah untuk mendorong anak mengambil ujian ini . Pada masa yang sama pihak sekolah juga menyediakan makmal komputer untuk kegunaan murid menduduki ujian ini dengan iringan guru. Bersama kita mengesan kelebihan dan kepintaran anak/murid SK Pangkalan TLDM 1. 

    Sebarang maklumat lanjut, boleh dapatkan di sini : http://ukm1.permatapintar.edu.my/

    Terima Kasih. 

    MUHAMAD SUFFI YUSOF
    Guru Penyelaras Bestari
    SK Pangkalan TLDM1
    t.me/suffi

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Pelancaran Program Permata Pintar 2018 Rating: 5 Reviewed By: Yu. Suffi Yusof
    Scroll to Top