• Terkini!

    25 May 2017

    Sambutan hari guru di SKPTLDM berlangsung meriah

    Sambutan Hari Guru pada tahun 2017 menyaksikan tema 'TWIN' atau kembar yang membuatkan guru-guru tampil dengan kembar masing-masing mengenakan pakaian yang serupa. 

    Seperti biasa, bermula dengan sarapan pagi. Guru-guru juga diraikan oleh pegawai-pegawai TLDM yang hadir memeriahkan lagi majlis. Pelbagai persembahan murid dan guru dilaksanakan dengan jayanya. 

    Majlis kelolaan KGKT yang dipengerusikan oleh Cikgu Suffi bersama barisan jawatankuasa berlangsung dengan meriah seperti tahun sebelumnya yang bertemakan 'Kesultanan Melayu'.

    Lebih menarik apabila Tuan Guru Besar di dalam ucapannya menyatakan bahawa majlis ini adalah antara yang terbaik sepanjang 38 tahun perkhidmatannya dalam dunia pendidikan. Tahniah kepada semua pihak yang menjayakannya. 





































    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Sambutan hari guru di SKPTLDM berlangsung meriah Rating: 5 Reviewed By: Yu. Suffi Yusof
    Scroll to Top