• Terkini!

    11 May 2015

    HARI GURU 2015

    Definisi dan Huraian Tema Hari Guru 2015. Maksud GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK  iaitu Tema Rasmi Sambutan Hari Guru Tahun 2015 Malaysia sepertimana Surat Makluman oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2015 setelah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pendidikan Malaysia. 

    Definisi Tema Hari Guru 2015

    GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan Negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

    MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/ pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif).

    MENYEMPURNAKAN: Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.

    AKHLAK: Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insane bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam kehidupan.

    Huraian Tema Hari Guru 2015

    Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat menbangunkan potendi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpesonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

    Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kendungan silibus di dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

    Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.




    LAGU TERIMA KASIH CIKGU
    Pencipta: Wooi Sin Ho
    Lirik: Ramli Abu Itam & Norhisham Ismail

                                                                     
    Kaulah permata….
    Bersinar bercahaya…
    Membimbing anak bangsa…
    Hingga berjaya

    Dikau guru tercinta,
    Penjana ilmu bangsa
    Mendidik kami tanpa rasa jemu….
    Mengajar membaca,menulis dan mengira…
    Sehingga kami kenal erti dunia,,

    Terima kasih guruku
    Terima kasih cikguku…
    Tanpa mu guru…hidup kami…tiada  arah tuju

    c/o
    Terima kasih,terima kasih,terima kasih
    Jasamu kan ku kenang selalu
    Terima kasih,terima kasih,terima kasih cikgu
    Kan ku sanjung sentiasa budimu……

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: HARI GURU 2015 Rating: 5 Reviewed By: skptldm1
    Scroll to Top