• Terkini!

    22 June 2013

    Majlis Persaraan PK H.E.M

    22/6/2013: Pada 21 jun telah diadakan majlis persaraan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) cikgu Maziah Bt Abdul Rahman di  sekolah setelah 12 tahun berkhidmat. Majlis berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak termasuk pelajar, guru-guru, pihak pentadbir dan para jemputan. Majlis diadakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Selepas itu pada jam 3.00 petang diadakan pula majlis jamuan di Hotel Marina Island.



    Majlis telah berjalan mengikut perancangan yang telah dibuat di bawah pengurusan cikgu Khatijah Bt Ali iaitu Penolong Kanan 1.  Setiap aktiviti yang dijalankan mendapat kerjasama dikalangan guru dan pelajar dengan memainkan peranan masing-masing dengan baik. Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil dari PPD Manjung dan barisan guru besar dan penolong kanan sekolah yang di jemput termasuk matan Guru Besar Haji Noh Bin Ahmad.

    Diucapkan selamat bersara kepada cikgu Maziah semoga dirahmati dan diberkati oleh ALLAH sentiasa dan jaga kesihatan.

    Cikgu Maziah bersama suami cikgu Maaruf diiringan oleh guru besar SKPTLDM cikgu Ramlan bin Hussin semasa perarakan masuk ke dewan dengan iringan kompang dan bunga manggar

    Persembahan silat sebagai pembuka majlis

    ucapan dari guru besar En.Ramlan Bin Hussin

    Antara jemputan yang hadir termasuk Timbalan NYDP PIBG en.Zulman, guru besar  dan wakil PPD Manjung


    Persembahan nasyid oleh Shotul Marjan

    Tarian yang turut dipersembahkan kepada hadirin

    Persembahan Dikir Barat dari Kumpulan Anak Samudera SKPTLDM

    Matan Guru Besar Haji Noh Bin Ahmad (Kanan) turut hadir

    Cikgu Maziah menonton persembahan khas montaj  yang menyentuh kehidupan beliau

    Ucapan yang terakhir cikgu Maziah di SKPTDLM 

    Persembahan koir oleh pelajar yang dibimbing oleh cikgu Azira dan Normah

    Cikgu Maziah bersama suami cikgu Maaruf

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Majlis Persaraan PK H.E.M Rating: 5 Reviewed By: skptldm1
    Scroll to Top