• Terkini!

    24 August 2011

    Sambutan Nuzul Al-Quran bersama Imam Muda Ustaz Hassan






    Bersempena dengan sambutan nuzul al-quran pada 17 ogos 2011 bersamaan 17 ramadhan 1432. Majlis sambutan nuzul Al-quran dan imam muda telah diadakan pada hari ini 24 ogos 2011 bermula jam 8.30 pagi bersama Johan Imam Muda siri ke dua iaitu Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza.

    Berikut merupakan biodata Ustaz Hassan. Beliau merupakan seorang pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.

    Seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Sambutan Nuzul Al-Quran bersama Imam Muda Ustaz Hassan Rating: 5 Reviewed By: skptldm1
    Scroll to Top