3 August 2011

12:57




























30 Julai 2011(Sabtu)Murid-murid merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara. Murid yang diharapkan dalam konteks Islam adalah murid yang mampu memikul amanah selari dengan syariat Islam. Maka murid-murid ini perlu didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab serta kemahiran dan semangat motivasi untuk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak, dan ilmu pengetahuan.

Harapan ibu bapa dan anak-anak semestinya perlu selari dan dikongsi bersama, agar kedua-dua pihak saling memahami dan bantu membantu ke arah mencapai harapan kedua-dua pihak. Nilai kasih sayang dan hormat menghormati yang dimanfaatkan dalam sesebuah keluarga menghasilkan keluarga bahagia yang berteraskan kepada mentaati perintah Allah. Maka selaras dengan itu, pihak sekolah telah mengadakan satu program bimbingan bersepadu yang berkesan. Program tersebut dinamakan Program Motivasi Pembangunan Sahsiah Murid Tahun 6 ”Suci Sekeping Hati” (SSH)

OBJEKTIF :
2.1 Meningkatkan motivasi murid-murid.
2.2 Membimbing murid-murid dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, anak, murid, dan ahli masyarakat.
2.3 Membentuk murid agar mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dan melatih mereka dalam kemahiran penyelesaian masalah
2.4 Membimbing murid menghargai diri dan ketegasan diri serta menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka.
2.5 Membimbing murid dalam mengaplikasi teknik-teknik mencapai kecemerlangan.

credit to : http://myubk2011.blogspot.com/

Artikel Popular