• Terkini!

    2 March 2009

    Piagam Sekolah

    Kami warga Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Lumut dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

    1) Menyediakan perkhidmatan pendidikan yang terbaik bagi memastikan kecemerlangan Kurikulum, KoKurikulum, Sahsiah, Pengurusan bagi merealisasikan Visi Kementerian Pendidikan Malaysia dan memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
    2) Mengurus kerja dengan dengan cekap, berkesan, dinamik yang berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan
    3) Menyedia dan melengkapkan kemudahan asas Pengajaran dan Pembelajaran berteraskan konsep dan kehendak KBSR serta berusaha mengikuti arus perkembangan teknologi maklumat
    4) Mengutamakan aktiviti yang menjurus kepada usaha-usaha yang membangunkan potensi pelajar dan penghayatan nilai-nilai murni melalui kegiatan kokurikulum
    5) Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selesa dan selamat
    6) Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, berdisplin dan produktif
    7) Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan - murid, ibubapa, masyarakat, agensi-agensi yang ingin membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.
    Kami warga Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM bersedia dan akan menimbangkan apa jua yang dikemukakan kepada Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM berkait dengan pelaksanaan piagam pelanggan ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Komen:

    Post a Comment

    Sila tinggalkan Komen anda di sini.

    Item Reviewed: Piagam Sekolah Rating: 5 Reviewed By: skptldm1
    Scroll to Top